Monday, April 4, 2016

Perlukan apa dalam hidup? perlukan apa untuk terus bersemnagat untuk hidup? bila aku tahu mati juga belum boleh diterima aku. perjalanan itu masih perlu aku lalui. tanpa sesak nafasmu...tiba-tiba aku mula rasa sunyi. sunyi akan desakan untuk terus menambah kebaikan dalam diri. adrenalin ini jahat. buat aku rasa putus tanpa tali. mahu apa aku fikir lagi? dunia bukan untuk hidup, kerna hidup itu belum hidup lagi didunia ini. dunia ini hanya satu persinggahan untuk aku kumpulkan semuanya kelak. tentu jugalah aku mahu hidup berpijak didunia yang nyata.

kepala aku masih penuh dengan teka teki,
hidup belum sampai ke destinasi yang aku mampu berhela lega, tentu skali waktu sekarang ketika aku sedang menaip ini, aku perlukan semangat dalaman yang mampu merubah aku. bukan saja duduk termenung masa hadapan. angan mat jenin. aku mahu berubah. seirng usia aku yang bertambah. tentunya aku mahukan kebaikan yang setimpal dengan keadaaan aku. aku tahu aku mengomel panjang. bukan sekadar mengomel panjang, tapi aku yakin, aku sudah tidak selesa lagi berada di takuk ini. mungkin dulu aku pernah selesa disitu, tapi kini aku mahukan yang lebih dari ini. aku mahukan kebaikan. tidak celaru lagi,dan tidak caca merba tidak tentu hala. maaf kan aku, aku banyak mengomel kali ini.

aku yakin aku boleh lakukan. sebab apa yang aku fikirkan jauh lebih baik dari yang aku telah jalani. sudah tentu juga aku mampu merealisasikannya. buang jauh-jauh rasa tidak boleh. buang jauh-jauh rasa malas dihati. buang jauh jauh rasa tidak bersemangat itu. buang segala rasa duka itu. kembali semula. berjuang semula. sediakan platform baru untuk mulakan semua yang baru. belum masa lagi kau mengalah sebab aku tahi kau berjuang untuk diri kau sendiri. kau perlu tetap kuatkan? 

jagalah solat, jaga ibubapa, jangan sakitkan hati orang, jaga pergaulan sesama manusia, bantu selagi termampu, hidup perlukan kasih sayang, sayangilah semua yang kau temui seperti mana kau mengasihi diri kau sendiri. rapatkan silaturahim, hentikan hasad desngki dan yang penting sekali, bersyukur atas apa yang kau terima dan sentiasa sabar dalam takdir allah untuk kamu. amin. Allah berikanlah aku kekuatan  untuk bangun semula. hentikan menyalahkan dan buka buka yang baru. amin. Allah kau yakinkanlah, rahsia mu kuat di dalam aku. insyallah.

Friday, March 11, 2016

Penat

Penat..

Itu mungkin ayat yang paling cocok untuk aku sekarang, waktu sekarang, aku penat. Penat untuk rasa penat. Penat untuk cuba tidak penat. Penat untuk semua rasa yang ada sekarang. Ya, jalan ini yang aku pilih. Orang degil macam aku ni memang ini yang aku perlu tahu. Mungkin ini juga apa yang perlu aku ambil pelajaran dan belajar. Jalan itu Allah bentangkan. Kekuatan dia yang aku minta supaya aku sentiasa bersama kuat dia, sabar dia dan yakin dia. Itu yang sentiasa aku mahu. Mungkin itu juga doa yang aku pohon. 

Jika Allah izinkan untuk yang lain faham apa yang aku faham, mungkin mudah untuk aku. Cuma sekarang, cukuplah aku berdiam sebab aku belum tentu boleh fahamkan semuanya. Aku jalankan jalan yang telah Dia bentangkan walau dimata kasarnya jalan itu aku yang tentukan. Ya, belum cukup sesuai untuk aku huraikan disini tapi aku yakin benar semua yang aku inginkan tetap ade bersama aku dalam waktu-waktu ini. Aku sudah habis kata. Lidah aku kayu. Ayat itu juga belom bisa timbul dalam otak fikir aku. Sungguh kalau dulu, aku pasti dapat menjawab semuanya walaupun aku tahu juga jawaban itu hanya untuk menepis kesemua kekurangan aku. Jika Allah mahu kuatkan aku...Allah kuatkanlah aku. Aku belum pernah faham apa yang kau ingin bentuk aku. Tapi cukuplah kau yakinkan dalam jiwa aku, ini terbaik untuk aku.

Wahai manusia yang datang dan pergi dalam laluan hidup aku ini, maafkanlah aku. aku belum bisa kuat untuk jelaskan semua yang terbelenggu di hati aku. aku juga belum cukup mahir berkomunikasi dengan cara yang terbaik pada kalian semua. Sampai waktu aku mahu habiskan semua ini sebelum semuanya habis, habiskan semua kejahatan zahiriah ini. Biarlah zahiriah ini habis dengan tertanamnya kuat. Allah mahu uji aku, lalu aku terasa ujian ini besar untuk aku. belajar aku yang paling dalam untuk ini. belum terhabis untuk aku belajar. ya allah. kuatkanlah aku. tambahlah keyakinan aku padamu. yakinlah ini semua adalah jalan terbaik untuk aku. yakinlah ini juga ketenangan yang aku pinta dari mu. 

Terbelenggu hati aku. Di hantui dengan keadaan yang menyulitkan diri aku. padamkanlah segala kesulitan ini di mata hati ku, gantilah dia dengan tenang dan senang. Tenang aku bersama kamu. Tenang aku dalam dakapan mu. Tenang aku dengan kasih sayang mu. Ya allah, jika aku dapat meminta untuk kau berikan faham pada ibuku, izinkanlah mulut jasadku ini untuk bersuara perjelaskan semuanya kepadanya. Biarlah Engkau dan dia mengetahui. Kerana aku perlukan pintu redha nya untuk sampai kepada mu ya allah. bukakanlah pintu keberkatan itu. 

Mulut terkunci, mungkin itu juga yang engkau mahu. Supaya aku diam dan terus sedar dengan hakikat kata-kata yang diperdengarkan. Faham dan terus masuk kedalam jiwa. Jiwa yang terus ada engkau disitu. Ya aku hamba, tidak perlu banyak kata-kata yang mungkin merosak kan jiwa aku, terus mempersoalkan apa yang tidak elok dimata, walhal kau telah faham yang ini bukanlah percaturan yang engkau tentukan. Cukuplah Hanya aku kembali bertaubat tunduk pada kekuasaan engkau dan bersyukur aku tetap ada kamu. Hamba hanya untuk mengabdikan diri padaNya. 

Fahamkan erti hamba. Mungkin itulah yang aku perlu belajar. Keberkatan.  Jalan ini aku perlu tempuh jua. Jalan.... teruskan berjalan. Fahamkan erti jalan yang terbaik. Mungkin itulah jalan yang aku perlu jalan....jalan yang telah tersedia untuk aku. Tersedia untuk dilalui. LALU..!

Wednesday, January 20, 2016

First Entry 2016

Hello from the other side..

A feeling of trying everything, 
Everything that you force yourself do it
Why can't i be good naturally,
i hate that feeling
impression that tell you that you good, 
while actually you are not,
not doing good at all

why can i just feel naturally good at?
feel love to do it?
nothing forces me..
am i shutting my door
or I'm just nothing else to give.

what the F
this is not what I'm saying!
i hate things that i wrote now...
pfttt...
i even hate it this!

Monday, September 14, 2015

A Feel

im planning not to write more about my deepshit in here but channeling it to talk directly to Almighty that hear me most of the time. the feeling of it only Allah knows best while all the writing in here is just some sort like a manuscript of my feeling tonite that written by me.

just like poem, we wrote the word according to what our brain tells us. but the feeling of it is different depends on how good the imagination of the reader and the similarity that the reader feels about it. But the true message in it is something that remain the same. words and feeling is something that totaly different. a word did not describe a feeling. but ya, end up we know what we want to say about it when we really going trough the words in the sentences carefully. this what we called art in writing.

again, i dont think im able to not write things in here ever again because, like what i said. im as a writer didnt feel that im telling the whole feeling enough to make someone read it knows exactly what i want to confess in here, only by talking to Allah i feel relieved even without a words neither sentences. but if ever i think this writing is something that can be benefits to others, again, i dont think i can not  write in here anymore.

a feeling of the similarity is actually we are looking for, feeling of acceptation, love, betrayal, sadness, happiness, drama in life, all the pain, the gain, we all have that. all of it is given to us. apart of being a human, we must used this given gift that Allah has provided us to take in charge in our role in life. we must because from there, we learn. we teach our self to improve and be better. i want to be better than my past self. what about you?

so im gonna pray now, telling god all my feeling. even i know currently, while not telling the whole thing about what my feeling is, Allah knows what im feeling now. more than i know myself.

Subhanallah. allah hu akhbar.

40% awake, 60%merepek

Monday, September 7, 2015

Not just A for Apple

aku masih tertanya-tanya, ape yang aku fikir dulu. masih hingusan x tahu apa. 
sekarang aku kagum dengan dunia, ade yang menerujakan aku. namun ia buat aku marah dengan diri sendiri. sebab entah bende merepek ape yang aku fikir dulu, waktu muda remaja.

orang cakap eleh lagik-lagik cite korea, konsert korea, rambut pon color-color, nari ntah pape dressing konon power. at last aku admit aku tengok semua tuh nak kasi faham kenapa dorang nie teror sangat sampai satu dunia nak tengok depa. kenapa dunia muzik, filem or anything similar to that kat malaysia x macam tuh.

aku tengok bigbang, 2pm, kpop star and banyak lagik. i admit aku admire spirit dorang. they train thier stars from an early age kot. sekolah rendah dah start training muzik. itu aku baru explore muzik, aku rasa aku masa sekolah- bodoh sangat. buang masa kat rumah, kawan2, mall, and so on. they can achieve victory and dah bole retired as early as 28 tahun. same age as me now. sebab? they start all that from early age. when u dont know anything then u realised that you are the way of making something.

remaja kat malaysia? x payah remaja kat malaysia la, jauh sangat tuh! aku? aku masa kecik hingusan aku banyak spend masa kat rumah, kat mall, kat kawan2, main bende bukan2, banyak sangat masa aku terbunag mcama tuh saja. lepak kat klcc. nak achiece ape pon x tau. padahal...kat korea, they already being serius on what they want to do for the rest of thier life at as early as sekolah rendah. bukan la maksudnya dorang dah tau bulat2 ape dorang nak  buat but the thing is dorang dah masuk ke alam pekerjaan yang sebenar. thier artist dah start buat keje-keje kat management house masing-masing selain training to become a start or artist. x kesah la from tukang bagi air mineral to the dance group or cuci dance studio and macam2 lagi. even homework dorang pun power sebab kearah perkara yang akan mereka lalui as an artist. every night sebelum tido trainner nie kene compose 2 lagu yang best. i mean every night! damn! patut la bila dah besar they all used to it. perkara tuh dah senang sangat bagi dorang sebab dah biasa buat. it is a routine. 

im talking about thier artist, they know the key af all mak tok nenek keys in the music sheet. and the y even know how to arrange the music by them self. bukan takat nyanyi dalam karoke jamban jerk kot. nie mmg tau habis tiptop punye even  music director and producer pun cengang macam mana they can produce that such music. the plus point is they create that as early as thier pure day. meaning x de lagik unsur2 luar yang memperanguhi jiwa-jiwa mereka. how pure talent dapat dikesan is from here. and i admit this is amazing about them. plus, waktu muda kau memang banyak energy, their teenager life is all about train to be punctual dengan concerts, meet&greet, contract, producing, creating, imagining thing, composing, train to always be good, explore your strength, and so on. from there when your age turn 21 u dah mmg tau ko boleh kearah mana and so on. urghhh how amazing is that. x lah macam aku umur 21 pon masih terkontang kanting betol ke course ape yang aku amik and betul ke ape yang aku buat dalam life nie. terkinja-kinja x tentu pasal.

pada usia yang muda dah diberi ruang untuk bereksperimentasi dengan pehaman mereka walaupun dengan ilmu mereka yang ssedikit, but from there i think we learn to learn fom mistakes. the more mistake that we did, the more ilmu yang kita dapat, yes that is it. bukan tunggu dah besar baru nak buat mistake. itu dah terlambat. mostly mistake yang kita paham adalah macam wild tak tentu pasal. mistake macam pegi party tertumbuk budak laki lain sebab gf kau kenyit mata, pergi konon edm party and party all night long konon 'shades on' erkh. mistake konon ponteng lecutrer dengan alasan crazy mak tok nenek kau masuk hospital. aku rasa sedeyh ngan diri sendiri and dengan bangsa-bangsa aku yang akan membesar kemudian.

aku rasa that is one of the point yang aku masih disini. still helpless and masih clueless dengan banyak bende. and if i could turn back time this is what im gonna do. buat from my early age. maybe masa tuh aku pun x kan paham. and thats why we have to have a grown up person yang tahu pasal perkara nie. sampai bila kita nak biar budak2 remaja hanyut ngan apps and device yang x wujud tuh. sebok nak wechat and so on. aku rasa takut dengan semua nie since right after aku realised we have so much kebelakang compared ngan orang asia yang lain. seriously aku masih mencari solution ape yang boleh aku lakukan about this matter.

banyak sangat bende amazing yang kita boleh train a pure kids yang insyallah end up akan jadik someone yang sangat bagus strating from early age such as 12, 13, 14. bila usia mereka injak dewasa in college they even can train others. how good is that. seriously aku baru dapat pandang dalam dunia artist korea. aku x tahu kenapa aku sangat kagum dengan mereka. not in just singing or acting, but how they make thier youth punya era turns into something good to thier country. amazing. kalau dalam dunia artis pun dah ok apatah lagi bidang-bidang mereka yang lain.

itu aku belum cita pasal mat salleh travel since habis sekolah lagik yang aku sangat kagum. aku banyak berfikir lately. banyak masa aku yang dah banyak aku buang. maybe since im near to 30s kot. maybe. sampai ayat2 aku pon jumping2. but yeah just a rondom thought for tonite.

so isya, i think no more time need to be waste i guess!

Monday, August 24, 2015

Tonite

i thought i want to write something awesome tonight.

but

lana del ray playlist and that's all i can say.

and in repeat!

Tuesday, June 16, 2015

Kemaruk

Sang hari ditunggu telah tiba. genap setahun setelah semuanya berubah. makin jauh aku masuk kedalam kehidupan. yang dulunya aku sangka aku hidup, tapi lebih mati dari mati. setahun lepas sangat kucar kacirkan hidupku. tenggelam timbul sesak sesak nafas aku dikerjakan. x sangka kehidupan yang menyesakkan itulah yang menghidupkan aku. kini, walau aku tahu makin dalam aku dalam hidup, makin sulit mencari kunci pintu-pintu itu.

semalam malam, aku dambakan rasa itu lagi. rasa sesak esak tangis yang kau pinjamkan padaku. rasa wujud ada engkau ya rab. rasa dekat yang tiada pemisah. rasa kau dan aku menjadi satu. karam aku dalam asyikmu. esak aku bagai anak kecil. bagai pengemis bertemu air atau juga bagai fakir masuk kerumah milionare. sedih, syukur, jakun dan pelbagai rasa. yang yakin lagi, aku bagai x mahu habis dengan rasa itu. aku x mahu sampai disitu sahaja. aku mahu statik diulit rasa yang bahagia itu. adakah itu bahagia? 

wahai pemilik rasa, aku diimpit kemaruk rindu. tadi, sakan aku mencari namun x kunjung tiba. aku rasa sedetik cuma, namun kau tutup jendela saat aku menapak sebelah kaki. tercampak semula ku keluar merayu masuk semula. cari didepan, kiri kanan, atas, bawah dan sudut yg ada. sumpah aku kemaruk rasa itu lagi.

kalau itu bukti rasa, aku mahu tuannya. ya, aku tamak. haloba mencari engkau. rasa x cukup hanya saat itu, aku mahu saat semuanya. bagaimana??? aku tahu seolah aku mengada-ada. kau lagi maha mengetahui tentang itu, kau lagi maha mengetahui tentang aku. aduh...

ya ramadhan, kau jadikanlah hari-hari dibulanmu ini sinar bagiku untuk bekalan pada hari-akan datang. semoga aku sentiasa yakin dan bertauhidkan nya. hidup aku x lama, moga aku balik bertemunya dalam keadaan yang diredhainya. lalu aku bahagia selamanya bersama yang maha penciptaku.