aku tak tahu kadang, adakah aku cukup kenal dengan mahkluk tuhan ini. aku ingin kenal. aku mahu tahu. aku pasti setiap mahkluk yang tuhan ciptakan itu, tentulah mempunyai keunikan yang tersendiri dan rahsia-rahsia yang perlu ku ambil tahu.
aku buka pintu itu. aku buka hati aku. belajar dan terima nya. aku tidak mahu untuk berpihak menang sorang pada aku. aku mahu adil. aku mahu keterbukaan ini membuat aku lebih memahami. apa yang mereka fikirkan. apa yang mereka mahukan. apa yang mereka ucapkan. apa yang mereka suka kan. apa yang membuatkan mereka berfikir seperti itu.adakah aku memperbodohkan diri untuk semua ini. mulanya aku rasa tidak. kerana aku perlu terus tetap amhu belajar untuk menerima. lepaskan sikit demi sikit aku bukan untukku. adakah ini sesuatu menguntungkan aku?
Wahai manusia, walau kita sama, tetapi kau jauh berbeza dari aku. aku mahu bertemu di tengan perjalanan. yang mana aku kenal kamu dan kamu kenal aku. aku mahu kita tidak berantakan kerana saling tidak memahami. tapi saling sayang menyanyangi kerana kurang aku lebih kamu, dan lebih aku kurang kamu. aku mahu itu. aku tidak mahu menang sorang di alam aku. kerana aku tahu, lumrahnya kamu itu dijadikan untuk aku lebih mehami Dia. aku mahu kenal dia. aku mahu kenal "aku jadikan alam ini berpasang-pasang" . Aku mohon kamu juga buka kan pintu itu. aku mahu kenal kamu. tapi jangan biarkan aku masuk untuk hanya kenal kamu, malah masuk jugak untuk kamu kenal aku. kerana aku percaya jika kita saling kenal, bertemu di persimpangan itu. kita akan berasa selesa dan bahagia, kita jumpa Dia. Dia maha pencipta kita. boleh kau tolong aku mencari Dia?
aku bukan marah jika kau bilang yang tidak aku mahukan. lumrahnya memang kau begitu. kau telah dijadikan begitu. dan aku adalah sebaliknya. cumanya, adakah aku perlu terus faham untuk kamu? atau faham itu untuk aku? banyak teka teki yang kau mainkan. seperti mana dan dimana aku perlu letakkan diriku disisi kamu? seperti mana aku perlu sediakan untuk aku tersedia mengenali dirimu? jujur saja kalau ikut aku, aku mahu jujur untuk semua. tiada apa lagi yang aku perlu sorokkan untuk itu. kerana ini aja yang aku ada. ini aja yang perlu kau tahu. selain itu, segala cantik dan wangi yang kau sangka, bukan milik aku. malah diriku saja bukan milik aku. bolehkah kau terima aku aja seadanya?
aku minta yang buruk itu, jauh dari aku. Dia maha mendengar, lagi hati aku saja di sentiasa melihat. Terus mohon Dia tetapkan hati aku untuk terus kenal engkau. mohon Dia izinkan untuk aku paham kamu , wahai lelaki. Kerana sumpah aku x tahu bagaimana untuk mengenali kamu. Tolong pimpin tangan aku, bawa aku bersama kamu, sama melihat Dia, Mendengar Dia, kedestinasi yang hanya ada adalah DIA. maha pencipta kita.
No comments:
Post a Comment