Sunday, November 24, 2013

Tunggu

Sedang kurenungi nafas ini, 
Ku tahu sesak ku inginkan bahagiamu,
Walau jauh jalan ku harus tempuhi,
Deras arus perlahankan langkahku,

Aku mahu buat kau gembira,
Aku mahu ukir cahaya bahagia
Aku juga mahu tanam benih sayang
Walau ku tahu masaku tidak panjang

Alangkah bahagia jika senyummu untukku
Alangkah bahgia jika hiraumu untuk sayangku
Lebih enak lagi jika ianya bukan mimpi
Agar ianya cepat mendekati diri

Jangan kau kerutkan lagi dahi itu
Aku juga mahu kau tidak begitu
Risaukan aku karam dalam fana
Asyik aku, risau padamu mana? 

Aku belum bahagia
Selagi kau terluka
Pd Perbuatanku yg leka
X hirau akan risaumu

Janji padaku...
Kau akan tunggu...?!!

Love, 
Farisya Musa


Wednesday, November 20, 2013

Datang Malaikat

Mungkin malaaikat itu telah hadir
Mungkin jua ku tuli untuk sedar
Atau mungkin jua ku hapuskan tanpa periksa
Bukti sisiku, engkau selalu ada.

Mungkin hari ini ku perang di dalam dada
Perjuangkan apa kurasa
Atau tunduk pada hendak dunia
Yang pasti, didalam tak bisa dianayia

Kajian ku lemah tanpa ilmu mu
Kurenung dalam hadirnya di qalbuku
Malam itu kutemu kuat bertanya
Mungkin itu jua hadirmu membantuku

Seperti air yang kuteguk 
Kau kurniakan jualah arus air mengalir itu
Pada jasadku, agar sentiasa terus mengalir cair
Runtunkan redhamu disatukanku
Untuk langit dan bumi tanahku.

Ya malaikat itu datang padaku
Menyapa santun menamakan dirinya
Hendak jua ku balas budinya
Mungkin cukupkah dengan alhamdullilah?

Kan ku cuba! 

Regards,
Farisya

Saturday, November 16, 2013

Hela Dunia Kecilku

Malam ini, aku baru mengerti,
Terlintas dihati lalu aku kaji, 
Ya benar dunia bukanlah setiasa berduri, 
Cuma aku leka ukur baju dibadan sendiri, 
Atau aku belum celik dari bermimpi,
Bahawa dunia kecilku belum gagah berdiri, 
Di hela dunia kuku besi.

Atau aku harus kaji buat bukti?

Hela,
Farisya Musa