Perlukan apa dalam hidup? perlukan apa untuk terus bersemnagat untuk hidup? bila aku tahu mati juga belum boleh diterima aku. perjalanan itu masih perlu aku lalui. tanpa sesak nafasmu...tiba-tiba aku mula rasa sunyi. sunyi akan desakan untuk terus menambah kebaikan dalam diri. adrenalin ini jahat. buat aku rasa putus tanpa tali. mahu apa aku fikir lagi? dunia bukan untuk hidup, kerna hidup itu belum hidup lagi didunia ini. dunia ini hanya satu persinggahan untuk aku kumpulkan semuanya kelak. tentu jugalah aku mahu hidup berpijak didunia yang nyata.
kepala aku masih penuh dengan teka teki,
hidup belum sampai ke destinasi yang aku mampu berhela lega, tentu skali waktu sekarang ketika aku sedang menaip ini, aku perlukan semangat dalaman yang mampu merubah aku. bukan saja duduk termenung masa hadapan. angan mat jenin. aku mahu berubah. seirng usia aku yang bertambah. tentunya aku mahukan kebaikan yang setimpal dengan keadaaan aku. aku tahu aku mengomel panjang. bukan sekadar mengomel panjang, tapi aku yakin, aku sudah tidak selesa lagi berada di takuk ini. mungkin dulu aku pernah selesa disitu, tapi kini aku mahukan yang lebih dari ini. aku mahukan kebaikan. tidak celaru lagi,dan tidak caca merba tidak tentu hala. maaf kan aku, aku banyak mengomel kali ini.
aku yakin aku boleh lakukan. sebab apa yang aku fikirkan jauh lebih baik dari yang aku telah jalani. sudah tentu juga aku mampu merealisasikannya. buang jauh-jauh rasa tidak boleh. buang jauh-jauh rasa malas dihati. buang jauh jauh rasa tidak bersemangat itu. buang segala rasa duka itu. kembali semula. berjuang semula. sediakan platform baru untuk mulakan semua yang baru. belum masa lagi kau mengalah sebab aku tahi kau berjuang untuk diri kau sendiri. kau perlu tetap kuatkan?
jagalah solat, jaga ibubapa, jangan sakitkan hati orang, jaga pergaulan sesama manusia, bantu selagi termampu, hidup perlukan kasih sayang, sayangilah semua yang kau temui seperti mana kau mengasihi diri kau sendiri. rapatkan silaturahim, hentikan hasad desngki dan yang penting sekali, bersyukur atas apa yang kau terima dan sentiasa sabar dalam takdir allah untuk kamu. amin. Allah berikanlah aku kekuatan untuk bangun semula. hentikan menyalahkan dan buka buka yang baru. amin. Allah kau yakinkanlah, rahsia mu kuat di dalam aku. insyallah.