Sunday, May 21, 2017

Life at 30

Hi,

You manage to hit #30. Congratulations!

Manakan tidak, sehingga harini, banyak perubahan yang berlaku dalam hidupku. Aku tersungkur bagai balak jatuh di tengah highway. jatuh berat lalu terseret beberapa kilometer dan menyagat kulit. Bukan sahaja aku yang tercalar, malah beberapa kereta yang menghala ke arah sama turut terpelanting memusing stereng jauh dari lurus garisan jalan malah ada yang terbabas di langgar aku.

aku akan ingat sangat akan 30 tahun. 2017. dari mula hingga akhir buat aku semak dalam dada. buat aku jauh dari aku dahulu. jauh dari apa yang aku sangkakan. belom boleh aku lupa dan belum aku cuba ingat. semua masih segar diingatan.

aku belayar di dalam ombak kuat, lemas dan cemas. tertelan masin air laut jangan dicerita, aku berenang sendirian tanpa apa-apa. mengalah aku mati, mencuba aku telah lelah. aku hanya minta redha.

dan tetiba aku teringin menaip kembali, namu pada saat ini, aku mula malas kembali. oklah bye.