Thursday, April 24, 2014

Jika Kulupa

Sejak kebelakangan ini,
aku perasan benar ada Dia
Hilangkan berat yang sebelum ini ku rasa,
Ringan jalan ku lalui tanpa sedar 
Atas kuatMu yang dipinjam,

Jika esok aku lupa,
Bahawa permulaan ini Engkau yang mula,
Jangan kau tinggalkan aku hilang di arus deras itu, 
Jangan kau lepaskan rantai ikatan kita,
Aku takut aku mudah lupa, 
Engkau yang patut ku puja, 
Bukan dunia yang cantik tapi fana

Hari ini ku teguh lagi, 
Dengan juang yang kau beri
Untuk wira muhammad diri.

Regards, 
Farisya Musa

No comments: