Friday, March 11, 2016

Penat

Penat..

Itu mungkin ayat yang paling cocok untuk aku sekarang, waktu sekarang, aku penat. Penat untuk rasa penat. Penat untuk cuba tidak penat. Penat untuk semua rasa yang ada sekarang. Ya, jalan ini yang aku pilih. Orang degil macam aku ni memang ini yang aku perlu tahu. Mungkin ini juga apa yang perlu aku ambil pelajaran dan belajar. Jalan itu Allah bentangkan. Kekuatan dia yang aku minta supaya aku sentiasa bersama kuat dia, sabar dia dan yakin dia. Itu yang sentiasa aku mahu. Mungkin itu juga doa yang aku pohon. 

Jika Allah izinkan untuk yang lain faham apa yang aku faham, mungkin mudah untuk aku. Cuma sekarang, cukuplah aku berdiam sebab aku belum tentu boleh fahamkan semuanya. Aku jalankan jalan yang telah Dia bentangkan walau dimata kasarnya jalan itu aku yang tentukan. Ya, belum cukup sesuai untuk aku huraikan disini tapi aku yakin benar semua yang aku inginkan tetap ade bersama aku dalam waktu-waktu ini. Aku sudah habis kata. Lidah aku kayu. Ayat itu juga belom bisa timbul dalam otak fikir aku. Sungguh kalau dulu, aku pasti dapat menjawab semuanya walaupun aku tahu juga jawaban itu hanya untuk menepis kesemua kekurangan aku. Jika Allah mahu kuatkan aku...Allah kuatkanlah aku. Aku belum pernah faham apa yang kau ingin bentuk aku. Tapi cukuplah kau yakinkan dalam jiwa aku, ini terbaik untuk aku.

Wahai manusia yang datang dan pergi dalam laluan hidup aku ini, maafkanlah aku. aku belum bisa kuat untuk jelaskan semua yang terbelenggu di hati aku. aku juga belum cukup mahir berkomunikasi dengan cara yang terbaik pada kalian semua. Sampai waktu aku mahu habiskan semua ini sebelum semuanya habis, habiskan semua kejahatan zahiriah ini. Biarlah zahiriah ini habis dengan tertanamnya kuat. Allah mahu uji aku, lalu aku terasa ujian ini besar untuk aku. belajar aku yang paling dalam untuk ini. belum terhabis untuk aku belajar. ya allah. kuatkanlah aku. tambahlah keyakinan aku padamu. yakinlah ini semua adalah jalan terbaik untuk aku. yakinlah ini juga ketenangan yang aku pinta dari mu. 

Terbelenggu hati aku. Di hantui dengan keadaan yang menyulitkan diri aku. padamkanlah segala kesulitan ini di mata hati ku, gantilah dia dengan tenang dan senang. Tenang aku bersama kamu. Tenang aku dalam dakapan mu. Tenang aku dengan kasih sayang mu. Ya allah, jika aku dapat meminta untuk kau berikan faham pada ibuku, izinkanlah mulut jasadku ini untuk bersuara perjelaskan semuanya kepadanya. Biarlah Engkau dan dia mengetahui. Kerana aku perlukan pintu redha nya untuk sampai kepada mu ya allah. bukakanlah pintu keberkatan itu. 

Mulut terkunci, mungkin itu juga yang engkau mahu. Supaya aku diam dan terus sedar dengan hakikat kata-kata yang diperdengarkan. Faham dan terus masuk kedalam jiwa. Jiwa yang terus ada engkau disitu. Ya aku hamba, tidak perlu banyak kata-kata yang mungkin merosak kan jiwa aku, terus mempersoalkan apa yang tidak elok dimata, walhal kau telah faham yang ini bukanlah percaturan yang engkau tentukan. Cukuplah Hanya aku kembali bertaubat tunduk pada kekuasaan engkau dan bersyukur aku tetap ada kamu. Hamba hanya untuk mengabdikan diri padaNya. 

Fahamkan erti hamba. Mungkin itulah yang aku perlu belajar. Keberkatan.  Jalan ini aku perlu tempuh jua. Jalan.... teruskan berjalan. Fahamkan erti jalan yang terbaik. Mungkin itulah jalan yang aku perlu jalan....jalan yang telah tersedia untuk aku. Tersedia untuk dilalui. LALU..!

No comments: