Sang hari ditunggu telah tiba. genap setahun setelah semuanya berubah. makin jauh aku masuk kedalam kehidupan. yang dulunya aku sangka aku hidup, tapi lebih mati dari mati. setahun lepas sangat kucar kacirkan hidupku. tenggelam timbul sesak sesak nafas aku dikerjakan. x sangka kehidupan yang menyesakkan itulah yang menghidupkan aku. kini, walau aku tahu makin dalam aku dalam hidup, makin sulit mencari kunci pintu-pintu itu.
semalam malam, aku dambakan rasa itu lagi. rasa sesak esak tangis yang kau pinjamkan padaku. rasa wujud ada engkau ya rab. rasa dekat yang tiada pemisah. rasa kau dan aku menjadi satu. karam aku dalam asyikmu. esak aku bagai anak kecil. bagai pengemis bertemu air atau juga bagai fakir masuk kerumah milionare. sedih, syukur, jakun dan pelbagai rasa. yang yakin lagi, aku bagai x mahu habis dengan rasa itu. aku x mahu sampai disitu sahaja. aku mahu statik diulit rasa yang bahagia itu. adakah itu bahagia?
wahai pemilik rasa, aku diimpit kemaruk rindu. tadi, sakan aku mencari namun x kunjung tiba. aku rasa sedetik cuma, namun kau tutup jendela saat aku menapak sebelah kaki. tercampak semula ku keluar merayu masuk semula. cari didepan, kiri kanan, atas, bawah dan sudut yg ada. sumpah aku kemaruk rasa itu lagi.
kalau itu bukti rasa, aku mahu tuannya. ya, aku tamak. haloba mencari engkau. rasa x cukup hanya saat itu, aku mahu saat semuanya. bagaimana??? aku tahu seolah aku mengada-ada. kau lagi maha mengetahui tentang itu, kau lagi maha mengetahui tentang aku. aduh...
ya ramadhan, kau jadikanlah hari-hari dibulanmu ini sinar bagiku untuk bekalan pada hari-akan datang. semoga aku sentiasa yakin dan bertauhidkan nya. hidup aku x lama, moga aku balik bertemunya dalam keadaan yang diredhainya. lalu aku bahagia selamanya bersama yang maha penciptaku.
No comments:
Post a Comment