Saturday, June 13, 2015

Kini,Setahun Lepas

Semalam,

Terdetik dihati, akankah ku melangkah ke alam kekalahan, kalah dengan dugaan yang kau sediakan. kalah dengan perasaan yang aku pendamkan. aku masih tertanya-tanya akan keraguan yang masih tak kering di hati ini. masih membasahi selaput hatiku minta untuk dijernihkan lalu dikeringkan tanpa parut luka. kerja masih banyak x siap. kerja masih belum boleh habis untuk aku gembira. aku paham itu lumrah dunia. aku paham selagi masih hidup aku perlu lakukan.

aku paham benar akan apa yang akan aku lalui setahun lepas. tindakan keputusan yang aku yakin benar menyelamatkan aku dari belenggu dunia. aku yakin inilah keputusan terbaik yang datang dari gerak hati yang allah kurniaakan padaku, rezeki bukan milik aku dan juga jodoh dan ajal. aku paham benar. aku sandarkan semuanya kepadanya.

yang aku x paham setahun lepas, adakah aku cukup bersabar dengan semua dugaan dan keperitaan laluan hidup yang aku bakal tempuhi, adakah aku kuat benar. learn from the experinces not from the book i must say. hari ini setelah setahun, aku kalah sekali lagi dengan hati dan perasaaan aku. aku masih tidak dapat bezakan hati dan perasaan. aku kalah lagi dengan hasutan dunia. kau nak cepat kaya. hidup nak kene ada duit. hidup kene banyak duit. hidup kene kaya macam orang lain. orang lain boleh kenapa engkau tidak boleh. 

Allah itu maha penyanyang dan pengasih, selama setahun lepas aku perasaan benar akan rezeki, dia datang tanpa kau duga. dia datang bila kau rasa kau tidak boleh. bila kau tidak mengharapkan apa-apa selain keredhaan dia. keihlasan hambamu ini kau nilaikan dan gantikan keatas mereka rezeki berbentuk wang ringgit. sampai satu masa, wang ringgit menjadi ukuran sebagai rezeki, aku jatuh kembali bila dia tidak hadir dan lamabt datang kepadaku. keikhlasan ku hanyalah semata-mata untuk wang ringgit jatuh keriba dan semuanya bakal senang lenang. aku lupa, rezeki allah itu maha luas. teramat luas sehinggakan pertemuaan hari ini akan apa yang aku paham sekarang juga adalah satu ilmu dan juga rezeki bagi aku. allah ajar aku halus dengan kasih sayang dia. apa yang aku paham hari ini adalah rezeki terbaik sepanjang setahun lepas. alhamdullilah. 


Kebangkitan

saat aku mula mahu melangkah semula, aku dihujani pelbagai persoalan hati. hati atau perasaan aku pun x pasti yang mana. kerana apa yang benar, hati itu tidak boleh menipu dan perasaaan itu boleh pelbagai. kemanakah hlatuju itu? adakah aku mampu semula? kau patut tunggu jawapan dari syarikat yang kau hantar resume haritu bukan? kan bagus kalau aku mampu bekerja semula mcm dulu? gaji masuk bulan2 x yang pening kepala lagik macam sekarang. aku separuh gila. insane. pokai. nothing. jika hidup aku ni kat india, ada kasta, aku la kasta paria. beggers n so on. semalam detik itu terulang dengan taluan yang melemaskan. lalu aku jadikan movie sebagai gantian hidup ku. aku malas fikir sejenak. aku runsing seperti mula-mula aku diperkenalkan dengan dunia sebenar dan dunia sementara ini.


Hari ini,

tadi, balik riadah, aku baring dilantai harap untuk rehat mata atau lelap sejenak sebelum menanti pulang. aku terlelap, namun diperjagakan allah oleh laungan ibuku. namun aku tutupkan mata kembali. mak sambung borak dengan jemaah yang lain. aku diperdengarkan olehnya perbualan yang mampu menjawab semua persoalan ku yang melemaskan itu. aku kembali bole bernafas. aku kembali ingin hidup. aku kembali mahu berjuang. ada semnat baru untuk kehadapan. aku harap rasa perjuangan ini aku perjuangkan semula sampai jadi. sampai ke next level seterusnya macam dalam game street fighter. level up.

berniaga ni kene banyak berntanya. jangan malu. bukan berniaga nak kaya. tapi keredhaan dia yang kita cari. keihlasaan kita. sacrifice kita. sabar, semanagat, x putus asa dan yakin itu kunci bagi berniaga. memang penat sebab semua keje penat. kita kene yakin. allah itu sentiasa mendengar. allah itu sentiasa melihat. dan allah itu maha penyanyang. dia uji kita, nah kau rasa lagi dekat dengan dia. kau makin kaya disisi sia. bukankah itu juga rezeki. kau sandarkan hanya pada dia. aku terngiang ayat quran yang tafsir nya ade bunyik mcm nie, "ada kau lihat binatang-binatang di muka bumi ini mengendong rezeki mereka?" setepek jugak ayat tuh kene kat aku. aku syukur dengan pada yang aku ada sekarang. mungkin mata manusia aku x de ape-ape pon, beggers, hopeless, nill but aku rasa cukup aku ade allah bersama aku. walau mana aku pandang, walau mana aku dengar, aku masih mampu lihat engkau ya allah ade bersama aku. mahu peluk aku erat bersama engkau. bukankah itu juga doa dari engkau? minta allah peluk kau erat. aku harap ia kekal hingga saat kau izinkan aku bertemu mu semula. allah,. jauh disudut hati, terbit rasa rindu.


Syukur

aku hanya perlu syukur. jika allah telah aturkan segalanya untuk aku, maka allah telah aturkan juga kekuatan aku, semangat aku bersamanya. aku yakin allah tahu apa yang terbaik bagi aku. moga aku x merengek mcm baby x cukup susu, atau mcm budak nak mainan atau mungkin juga budak besar putus cinta. kau yakinkahlah lagi padaku, engkau sajalah allah yang terbaik bagi ku. amin


love,
farisya nadiah

No comments: