Jiwa ketat, konkrit maha berat,
Aku penat.
Arus mengalir deras,
Keluarlah engkau alirkan dosa itu
Walau ku tahu masih belum boleh ku hapus dosaku padamu
Lontaran guruh itu, memanah ku kembali
masuk ke jurang panas neraka dunia
hilang manusianya, sama saja seperti binatang
jika ku tahan aku sakit,
jika ku lepas aku mati,
mana kau pilih, mati atau sakit?
apalah dunia ini,
kau bahagia, aku terus berderhaka
tahan derhaka pada orang, pada dia kau zahirkan.
cepat kau salahkan aku, seolah aku tidak mencuba
mendiamkan tahan aturkan kata-kata
kerna aku tahu, yang keluar itu maha sakit
teruskan bahagia engkau,
aku terus bederhaka?
aku mahu keluar
jurang itu aku ingin hapuskan,
patut kau minta aku minta kuat,
hadiahkan ini, maha derita maha bahagia?
No comments:
Post a Comment