Saturday, January 18, 2014

Terhapus Mabuk Fantasi

Mungkin semalam takan pernah sama dengan akan datang
Atau mungkin dengan sekarang..
Kata yang aku karang bukan sembarang-sembarang
Lelah kata hati yang pinta bersembang..
aku harap dia tetap teguh bersama tenang.

aku mahu itu, aku mahu ini, dan tidak semua ku miliki,
mungkin bukan satu pun yang mahu peduli,
mengisi kosong yang ada pada diri
tidak mengapa pintakan sabar dan tekun mungkin
bersangka baiklah wahai diri, hadirlah kau.

mana dunia, mana fantasi aku serabut bersulam mabuk
pintakan semua kembali setenang air di kali
yang jika diminum menghilangkan haus rindu
dan juka dimandi menghilangkan panas hiba
dan jika dikumur, menyulamkan syair segar tenangkan kalbu

hey mungkin sahaja aku dapat
sungguh berat nak ku lari
bersama kendong duka semalam
habuk halus kau jilatlah semalam itu
mungkin esok aku kembali lari
di taman yang gersang bertumbuh cinta
baja syukur redhakan nikmat yang ada.


love,
Farisya Musa

No comments: