Kisah ini bermula ketika jamuan makan malam itu.
Aku pasti aku mahukan perubahan yang makin bersarang di benak hatiku. Namun aku lengah walaupun banyak kali panggilan itu menyapaku. Panggilan tanda bahawa aku seorang manusia yang taat pada pencipta. Manusia lemah lagi takut pada kosa kat manusia atau mungkin takut untuk terima hakikat diri tang sebenar. Seperti takut akan bayangku sendiri. Aku masih mencuba untuk betulkan khilaf ku, makin segn untuk katakan mohon Allah bantuku, kerana memamg setiap kali aku didoringNya tapi masih berkira2 apakan orang akan kata. Kau rasa Allah kata apa?
Huh, sejurus peperangan di dalam jiwa yang begitu hebat melanda. Aku pun dengan tanpa malunya hadir ke jamuan keluarga yang telah diaturkan. Setibanya aku disana, seperti Allah menjawab kepadaku, "padan muka kau.. Ambik ubatnya! Aku cakap berulang kali tapi kau sombong ikut kata nafsu. Pura-pura baik tapi hati x pernah cuba untuk melepaskan apa yang perlu dilepaskan selamanya. Aku bukakab aib engkau pada mata mereka supaya kau sedar bahawa kata kata mereka tidak setajam kata kataku bila kau tahu benar aku marah engkau hari itu"
Allah kau halus tunjukkan marahmu namun aku terasa seolah kau benci benar kau padaku. Malu ku tebal hingga aku hampir tidak mahu tegak memandang sesiapa. Aku mahu masuk bawah meja. Aku mahu benam dibellang pokok bunga. Tapi manakan ku sorok darimu yang maha melihat?
Kau conteng besar arang dimukaku.."aku bodoh, aku sombong, padan muka aku" dan juga seperti aku pula conteng besar arang ke muka ayah dan mak, "aku x pandai ajar anak" . Sesal aku apa ku balas pada mereka. Terpnacar krmarahan ku pada diri sendiri namun tidak terluah oleh ku.
Mak dan ayah, maaf atas kejahilan diriku. Tuhan kau pimpin lah aku selalu. Kuatkkan semangat aku untuk terus setia dengan cinta mu tanpa ada sebarang alasan lain semata2 untuk ENgkau.
Regards,
Farisya Musa
No comments:
Post a Comment