Syukur alhamdullilah, kau bangunkan aku dari tidur lenaku untuk ingat kamu.Hanya padaMu Allah ku pohon. Hari ini kau jadikanlah aku manusia yang mengingatimu dan berguna untuk alam yang kujalani ini. Pinta kau tunjukan jalan yang kabur didepanku, kau kuatkan semangat juang ku, dan kau berikan aku tenaga untuk menjadi anak yang berbakti pada ibubapaku, keluarga, sahabat dan semua umat manusia yang kau telah jadikan untukku.
Jika itu takdir yang telah kau tentukan, kau tiuplah rasa cinta dan syukur padaku agar aku sentiasa ingat itu datang atas hendakmu, maka tentulah ia baik untuku. Moga aku sentiasa ingat kerana aku manusia yang mudah lupa jika diri ini bukanlah milik diriku melainkan sepenuhnya milikmu. kau jadikanlah orang disekelilingku selalu tenteram dengan kehadiranku, dan kau temukanlah aku rahsia bahagiamu ketika ku berada disamping mereka.
Ya Allah, adakah aku manusia yang berguna dimatamu? adakah aku manusia yang kau sayang?
Kau ampunkan aku ketika aku lalai ingat padamu, jika aku lupa akan nikmat yang diberikan olehmu, aku lupa dunia ini hanyalah sementara, aku hindar akan tanda-tanda yang kau kurniakan danjuga pangilan-pangilanmu untuk ku pulang kepada mu. aku manusia yang ingin memperbaiki diri dekat padamu. Namun aku masih lemah. Moga kau sentiasa ampuni aku dan sentiasa tidak jemu memberi hidayah pada hambamu yang serba kurang ini tanpa kuasa cintamu.
Amin
Regards,
Farisya Musa
No comments:
Post a Comment